RENUNGAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” -Riwayat Bukhari

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” -(al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” -(Muslim)


Monday, June 20, 2011

kl gangster bestt brooo.. ;)


INFO: KL Gangster GENRE: Aksi drama TERBITAN: Skop Productions Sdn Bhd
PENGARAH: Syamsul Datuk Yusof Haslam (filem kelima arahannya)
PENOLONG PENGARAH: Rizal Ashreff SKRIP: Syamsul dan Rizal
PENGARAH FOTOGRAFI: Omar Ismail PENGURUS PRODUKSI: Isma Reza dan Nasrul Afifi Mohd Nayan
KAREOGRAFI AKSI: Mohd Razif Salimin
TEMPOH PENGGAMBARAN: 9 Jun 2010 hingga 15 Julai 2010
LOKASI: Sekitar Kuala Lumpur & Melaka Bandaraya Bersejarah
PELAKON: Aaron Aziz sebagai Malik, Syamsul (Shark), Adi Putra (Jai), Soffi Jikan (Ajib), Adam Corrie (Dragon), Ridzuan Hashim (King), Zizan Raja Lawak (Fadil) dan Sheera Iskandar (Zati) KOS PRODUKSI: sekitar RM1.8 juta JANGKA TAYANG: Awal 2011.

Synopsis: "KL Gangster" tells the tale of two brothers who get involved in the world of gangsterism. The older brother Malek (Aaron Aziz) was imprisoned for five years after being betrayed by his own gang which was started by Shark (Syamsul), the step brother of the most influential gangster in Kuala Lumpur, King (Ridzuan Hashim). Malek who leads a normal life after being released, is pulled back into the world he left behind after all those years. Especially since his younger brother Jai (Adyputra) is influenced by the gangsters and decides to work for Shark bringing everything down in chaos.


KEJAYAAN filem box-office seperti Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan Evolusi KL Drift 2 yang menampilkan sedikit elemen gangsterism, mendorong pengarahnya, Syamsul Datuk Yusof Haslam untuk menghasilkan sebuah karya terbaru mengenengahkan 100 peratus kegiatan gangster, lalu terhasillah KL Gangster, buah tangan kelima daripada sutradara muda berbakat besar ini.

Bagi Syamsul, dia sebenarnya sudah lama menanti peluang dan merencana untuk menghasilkan karya yang berkisar gangsterism atau kegiatan kongsi gelap, namun hanya menjadi kenyataan selepas mengutip pengalaman daripada tiga filem aksi yang dihasilkannya sebelum ini. Kejayaan Evolusi KL Drift 2 memberi impak paling besar kepadanya apabila menerima maklum balas peminat, ramai yang menggemari watak Aaron Aziz sebagai gangster atau pengedar dadah berhati tegar!

“Akhirnya hajat saya untuk menghasilkan sebuah filem yang menampilkan 100 peratus elemen gangsterisme tercapai juga. Menerusi KL Gangster, saya cuba mengupas dan menyelongkar kegiatan kongsi gelap secara lebih mendalam. Namun, tidak dinafikan, idea pembikinan KL Gangster dipengaruhi filem aksi dari Hong Kong seperti Young & Dangerous.





“Pun begitu, pengalaman menghasilkan tiga filem aksi sebelum ini banyak membantu mengembangkan idea supaya KL Gangster nampak lebih segar daripada sudut persembahan dan jalan ceritanya. Lagipun belum ada filem kita yang memaparkan genre aksi yang berkonsepkan gangsterisme atau kongsi gelap 100 peratus, justeru saya mengambil kesempatan ini untuk memberi lebih variasi kepada penghasilan karya tempatan.

“Sebelum ini Evolusi KL Drift memaparkan aksi perlumbaan dan kejar mengejar menggunakan kereta drift, sebaliknya KL Gangster lebih memberi fokus kepada babak pergaduhan atau street fighter. Filem ini memberi penekanan kepada gejala negatif seperti kongsi gelap, pengedaran dadah dan pil khayal, aktiviti pelacuran serta perebutan kawasan jajahan samseng yang menjadi tanda aras dunia gangsterisme di negara ini,” kata Syamsul ketika ditemui di sebuah pusat hiburan di Ampang Park, Kuala Lumpur, yang dijadikan lokasi penggambaran KL Gangster, Selasa lalu.







Namun, Syamsul mengakui pihaknya sudah bersedia sekiranya KL Gangster diklasifikasikan sebagai 18PL oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) apabila filem berkenaan menemui penonton selewat-lewatnya awal 2011. Dia menambah, hanya berdasarkan tajuk filemnya saja, ia berkemungkinan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Katanya lagi, dia sekurang-kurangnya mampu menghela nafas lega apabila skrip KL Gangster mendapat kelulusan daripada pihak polis apabila mereka turut memberi khidmat nasihat supaya penghasilan filem yang berteraskan kongsi gelap itu tidak keterlaluan dan bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat tempatan.

“Apa yang dipaparkan menerusi KL Gangster hanyalah sebahagian daripada realiti gangsterism, bukannya 100 peratus aktiviti sebenar kongsi gelap.

“Namun, risikonya tetap ada. Apabila saya menggunakan judul KL Gangster, khuatir juga ada pihak yang mungkin beranggapan bandaraya seperti Kuala Lumpur dipenuhi dengan gangster dan tidak selamat dikunjungi.

“Namun, pembikinan KL Gangster hanya sebuah karya rekaan semata-mata untuk tujuan hiburan, justeru saya amat berharap orang ramai akan berfikiran terbuka,” katanya lagi.

Akui Syamsul, kesukaran pembikinan filem ini lebih menjurus kepada penggunaan dialog kerana kebanyakan pelakon melontarkan kata bual menerusi slanga orang Cina, selain watak dibawakan Aaron dan Adi yang sering bergaduh, kerap mengundang kecederaan seperti bengkak badan, terseliuh dan luka kecil. Namun, penggambaran terpaksa diteruskan juga apabila mereka terpaksa diurut di lokasi sekiranya berlaku kecederaan.

2 comments:

  1. ku jugak x dpt tgk lagiiii...adeess...

    ReplyDelete
  2. tgok2.. seyes bes.. ;) 2x tgok kt wyang... haha

    ReplyDelete