RENUNGAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” -Riwayat Bukhari

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” -(al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” -(Muslim)


Thursday, February 24, 2011

ape pendapat korang? -TERHUKUM OLEH KETAMAKAN SENDIRI


SEORANG menteri yg tamak & kaki rasuah selalu sahaja menyusahkan urusan pemerintahan sultan yg adil. namun, untuk memghukumnya bukan mudah kerana si menteri tersebut mempunyai rangkaian perhubungan yg sangat kuat,sama ada dikalangan sesama menteri mahupun dengan angkatan tentera... Sultan yang adil baik hati telah didesak berkali-kali untuk mengenakan tindakan terhadap menteri..Anehnya baginda tetap sabar sehingga tiba pada suatau hari,baginda bertitah kepada menteri tersebut.. "hari ini kamu akan mendapat kurniaan besar daripada beta.." "kurniaan apa tuanku.patik sedia menerimanya,"sahut menteri yg tamak itu dengan gembira.. "beta ingin mengurniakan kamu tanah!"titah sultan. "terima kasih tuanku.boleh hamba tahu seluas mana tuanku?" "begini,selepas subuh,kamu berjalanlah dari pintu istana ini sejauh mana yang kamu terdaya.dan pulang semula sewaktu sebelum zuhur." "maksud tuanku?" "sejauh mana kamu mampu berjalan dan pulang semula ke istana,maka seluas itulah tanah yang akan dikurniakan kepadamu." betapa gembiranya menteri yang tamak itu.namun para pegawai yang lain mencemik.mengapa sultan masih bermurah hati kepadanya?"


esok pagi selepas subuh,dia pun memulakan perjalanan ke satu arah.jauh dan semakin jauh. hampir waktu zuhur,para menteri dan pegawai istana dan sultan menunggu ketibaan menteri yang tamak itu untuk mengetahui seluas mana tanah yang bakal dianugerahkan.namun si menteri tidak juga kunjung tiba.masuk solat zuhur,dan selepas mereka solat berjemaah,menteri yang ditunggu tidak juga tiba.. tiba-tiba seorang pengawal datang membawa berita,tuanku"menteri telah jatuh pengsan dalam perjalanannya..." "perjalanannya pulang atau jauh dari sini?"tanya sultan. "dalam perjalanan jauh dari sini,"jawab pengawal. Ha..."serentak bunyi kehairanan bergema di seluruh istana.jelaslah sifat tamaknya itu mendorongnya pergi jauh & semakin jauh dan tidak terfikir untuk pulang,hingga akhirnya jatuh pengsan kerana keletihan! baginda sultan tersenyum.dia telah pun berjaya menghukum menteri yang tamak itu..."

~~PENGAJARAN~~ Orang yang tamak tidak akan cukup dengan yg sedikit&tidak akan puas dengan yang banyak.tidak menunggu orang lain untuk "menghukum"orang yg tamak sebaliknya sifat tamak itu sendiri akan menghukum dirinya... 0_o..! menarikkn cerita ni ;)

No comments:

Post a Comment