RENUNGAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” -Riwayat Bukhari

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” -(al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” -(Muslim)


Monday, January 10, 2011

tolong ingatkan aku juara AJL ke-25




Lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan dan lirik oleh Ana Raffali menidakkan kekuatan 13 lagu lain untuk dinobatkan sebagai Lagu Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi. KLICK SINI

Lagu yang juga didendangkan oleh beliau sendiri itu menerima hadiah bernilai RM35,000 berserta trofi, yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar.
Sementara itu, lagu Drama King nyanyian kumpulan Meet Uncle Hussain dan Black, karya Teja dan Tun Teja muncul naib juara, sekali gus membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000.
Tempat ketiga dimiliki lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam menerima hadiah bernilai RM12,000. KLICK SINI

Kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik yang masing-masing menawarkan hadiah bernilai RM10,000 setiap satu berserta trofi menjadi milik penyanyi Hafiz dan Faizal Tahir menerusi lagu Noktah Cinta dan Hanyut. KLICK SINI

AJL25 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 mencipta kelainan untuk tahun kedua sejak diperkenalkan 1992, yang mana semua lagu dipertandingkan secara terbuka, tanpa mengikut pecahan kategori Pop Rock, Balada dan Irama Malaysia dan Etnik Kreatif.

Komposer terkemuka, M Nasir mengetuai barisan juri yang turut dianggotai Habsah Hassan, Acis, Azmeer, Amy (Search), Pacai dan Andy (Flop Poppy).
Lagu lain yang turut bersaing pada AJL25 adalah Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8); Ku Ada Kamu (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8); Cinta Sempurna (Yuna); Pelita (Loque/Loque/A.P.I) dan Berlari (Shazzy Ishak/Tomok).

Sofea Jane (Iswandy/Sham/Black Mentor); Mencari Konklusi (Noh/Noh/Hujan); Selamat Malam (Audi Mok/Faizal Tahir); Ekstravaganza (Sam/Bunkface) dan Jahat (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy).

petikan dri sumber ini..

No comments:

Post a Comment