RENUNGAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” -Riwayat Bukhari

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” -(al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” -(Muslim)


Saturday, January 15, 2011

TAHNIAH graduasi UPNM y baru ditauliahkan ;)





SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyerahkan pingat Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan kepada Pegawai Rendah Muda Muhammad Yunus pada majlis Istiadat Perbarisan Diraja dan Penganugerahan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Unuversiti Pertahanan Nasional Malaysia, hari ini. Turut hadir Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Lt Jen Datuk Wira Allatif Mohd Noor.
Jan 15, 2011 3:25 pm sumber dari
ini...

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru kepemimpinan dan pengurusan tertinggi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berusaha mengekalkan prestasi dan prestij universiti itu selaras dengan visi dan misi penubuhannya lima tahun lalu.

Titah baginda, langkah peningkatan prestasi universiti itu perlu berterusan dengan perkembangan semasa supaya budaya kecemerlangan terus wujud di universiti berkenaan.

Beta yakin, lepasan Kadet UPNM adalah Leader of Character yang sentiasa tersemat di dalam diri dengan nilai kewajipan, maruah dan integriti di samping menjadi seorang insan yang intelek serta tinggi budi pekertinya. Natijah ini akan mendokong kesinambungan keselamatan pertahanan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
Anugerah ini adalah satu amanah yang wajib dipelihara dengan komitmen dan penghayatan berterusan, titah baginda ketika berangkat ke Istiadat Perbarisan Diraja dan Pentauliahan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, semalam.

Seramai 298 pegawai kadet ditauliahkan ke dalam Perkhidmatan Tentera Darat, Laut dan Udara Diraja Malaysia dalam upacara yang pertama kali diadakan bagi graduan UPNM. Daripada jumlah itu, seramai 171 akan ditauliahkan ke dalam Perkhidmatan Tentera Darat (TDM); 94 orang dalam Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 33 pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pegawai Kadet yang ditauliahkan itu berpangkat Kapten dan terikat untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 10 tahun.

Sementara itu, Pegawai Rendah Muda, Muhammad Yunos, 24 dari Pontian, Johor dipilih sebagai Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan. Muhammad anak pekebun yang juga seorang ibu tunggal, menerima Piala Seri Perkasa dan dianugerahkan sebilah pedang.


6 comments:

  1. tahniah2.. x lame lagi fathaka la plak kan.. ^_^

    ReplyDelete
  2. :) insyaALLAH.. Taon dpn giliran org lak ^_^ amin

    ReplyDelete
  3. tahniah...apa pun angah 4llow dulu yer

    ReplyDelete
  4. tahniah kpd graduan..teringat lak ada sorang kawan kat UPNM, tp dh lost cntct..

    ReplyDelete