RENUNGAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” -Riwayat Bukhari

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” -(al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” -(Muslim)


Friday, March 12, 2010

PETUA MENCERDASKAN MINDA

1. Allah menjadikan madu lebah yang mampu menyediakan makanan berkhasiat untuk manusia. Ia mampu memberikan tenaga dan mencerdikkan akal.

2. Halia menyegarkan dan menguatkan urat saraf. Ia dapat membetulkan perjalanan darah dalam tubuh dan menguatkan ingatan.

3. Susu membantu menambahkan tenaga fizikal, menguatkan otak, meningkatkan kecergasan akal dan menajamkan penglihatan.

4. Lobak merah berupaya mengatasi keletihan, mencegah jangkitan kuman dan bakteria, menjaga sistem saraf, awet muda, mencerahkan mata, mencegah serangan barah, melawaskan buang air kecil dan mencerdaskan minda.

5. Memakan kuning telur berupaya mengatasi masalah lemah daya ingatan, lemah daya tumpuan, sering lupa, sering tertidur semasa membaca dan sering menguap.

6. Kurma dapat mengatasi masalah sakit kepala, menjaga kesihatan saraf, menghilangkan keletihan kerana menggunakan tenaga fizikal dan otak serta menurunkan kolestrol.

7. Kismis menyejukkan perut, mencergaskan fikiran, menguatkan saraf, menghindarkan keletihan dan mengelokkan jantung.

8. Terlalu banyak makan dan minum menyebabkan hati menjadi keras dan kurang peka.

1 comment: