RENUNGAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” -Riwayat Bukhari

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” -(al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” -(Muslim)


Tuesday, March 9, 2010


"MAKLUMAN BUAT PELAJAR SPM & STPM 2009"

Tarikh Keputusan / Result Rasmi SPM 2009 dan STAM 2009 diuarkan.....


ASSALAMUALAIKUM...

Keputusan rasmi SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)dan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia)akan di umumkan pada 11 Mac 2010 Hari Khamis. Keputusan akan dileluarkan bermula jam 10 pagi di sekolah masing-masing. bagi calon persendirian pula, keputusan akan di pos ke rumah masing-masing yang dihantar oleh JPN.

Fakta SPM : 165,853 calon SPM di 3,569 pusat peperiksaan 18 Nov-16 Dis 2009
Fakta STAM : 6,920 calon STAM di 98 pusat peperiksaan 19Okt-27 Okt 2009


wat makluman,, wasalam..

No comments:

Post a Comment