RENUNGAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” -Riwayat Bukhari

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” -(al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” -(Muslim)


Tuesday, March 9, 2010


Forum Perdana Ehwal Islam





Tarikh Mula : 04 Mar 2010
Tarikh Akhir : 04 Mar 2010

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan Forum Perdana Ehwal Islam pada 11 Mac 2010 (Khamis), jam 8.00 malam bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Forum ini akan diadakan dalam sesi seperti berikut:


Sesi Pertama: Bermulanya Di sini Pengerusi: Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ahli Panel: Dato’ Hj Kamaruddin Zakaria, Bekas Imam Besar Masjid Negara Prof Dr Tengku Mohd Tengku Sembok, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM


Sesi Kedua: Menggapai Gemilang Pengerusi: Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ahli Panel: Dato’ Hj Kamaruddin Zakaria, Bekas Imam Besar Masjid Negara.. Mejar (Ustaz) Hj Daud Mohamed, Pegawai Agama, Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM

Semua warga UPNM, MK Medan TD dan MTD adalah dijemput hadir untuk mendengar forum tersebut.



HARAP KALIAN DPT MENONTON DI TELEVSYEN JIKA TDK KSMPATAN UNTUK MGHADIRI PD TARIKH DAN HARI PROGRAM TERSEBUT DIJALANKAN,,,, SYUKRAN JAZILAN!


Hiper Rangkaian
mygov mygov kptm jpa iim myideas msc mampu

1 comment: