RENUNGAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” -Riwayat Bukhari

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” -(al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” -(Muslim)


Saturday, March 20, 2010

Bintang England mewah


AWAL minggu ini pengurus England, Fabio Capello melahirkan kebimbangannya mengenai pemain bola sepak yang menjadi terlalu kaya sekalipun masih muda.

Gaji dan bayaran yang diterima pemain pada usia muda menyebabkan beberapa pemainnya dilanda masalah di luar padang bola sepak sekali gus menjejaskan karier mereka di atas padang.

Berikut disajikan senarai 11 pemain skuad kebangsaan England yang memiliki kekayaan di luar padang termasuk bekas ketua pasukan David Beckham, yang mendahului senarai.

DAVID BECKHAM

GAJI:
£168.5 juta (RM853 juta) sejak lima tahun lalu
KEKAYAAN:
£125 juta (RM633 juta)
KERETA:
Dia memiliki kira-kira 40 kereta, yang terbaru termasuk sebuah Cadillac Escalade, Porsche 911 Cabriolet, Rolls-Royce Drophead Coupe, Range Rover Sport dan sebuah Jeep Wrangler.
HARTA:
Beckingham Palace di Sawbridgeworth, Herts, dibeli dengan harga £2.5 juta (RM12.6 juta) pada 1999. Vila berhadapan kawasan dermaga di Palm Jumeirah, Dubai, dibeli dengan harga £800,000 (RM4.05 juta) pada 2002 dan kini bernilai £8 juta (RM40.5 juta). Berpindah ke rumah berharga £15 juta (RM76 juta) di Beverly Hills apabila dia mengikat kontrak dengan Los Angeles Galaxy.
WAG (isteri atau teman wanita):
Berkahwin dengan Victoria 'Posh Spice' Beckham


JERMAIN DEFOE


GAJI:
£60,000 (RM303,800) seminggu
KEKAYAAN:
£6.5 juta (RM32.9 juta)
KERETA:
Ketika ini digantung daripada memandu tapi memiliki sebuah Range Rover Sport, Aston Martin V8 Vantage dan Aston Martin DB9.
HARTA:
Tinggal berseorangan di sebuah rumah berharga £3 juta (RM15.2 juta) yang dibina mengikut kemahuannya di Hertfordshire.
WAG:
Bujang - tapi pernah mempunyai hubungan dengan beberapa WAG - Danielle Lloyd, Imogen Thomas, Chantelle Houghton dan Charlotte Mears.


THEO WALCOTT

GAJI:
£60,000 (RM303,800) seminggu
KEKAYAAN:
£5 juta (RM25.3 juta)
KERETA:
Memiliki sebuah Aston Martin berwarna perak dan dua Audi. Memulakan karier Arsenal dengan memandu VW Golf. Membelikan teman wanita, Mel sebuah Ferrari California berharga £140,000 (RM709,000) bagi hari jadi ke-21, tapi wanita itu menolaknya kerana dia lebih suka memandu VW Beetle berharga £20,000 (RM101,000).
HARTA:
Menginap dengan kedua ibu bapanya di sebuah rumah agam berharga £3 juta (RM15.2 juta) dan mempunyai lima bilik di Hemel Hempstead.
WAG:
Melanie Slade, kini belajar di universiti di London.


WAYNE ROONEY


GAJI:
£100,000 (RM506,000) seminggu
KEKAYAAN:
£37 juta (RM187 juta)
KERETA:
Memandu 19 buah kereta sejak enam tahun lalu, termasuk Aston Martin Vanquish, BMW M3, Mini GP, Ford Ka, Mercedes CLK, Lamborghini Gallardo Spyder, sebuah Cadillac Escalade dan sebuah Porsche 911.
HARTA:
Kerja-kerja membina sebuah vila bernilai £5 juta (RM25.3 juta) di Barbados hampir siap, manakala keluarga Rooney tinggal di sebuah rumah agam berharga £4.5 juta (RM22.8 juta) di Cheshire. Mereka juga memiliki sebuah pangsapuri Florida bernilai £320,000 (RM1.6 juta).
WAG:
Kekasih sejak zaman kanak-kanak dan kini isteri, Coleen.


RIO FERDINAND

GAJI:
£110,000 (RM557,000) seminggu
KEKAYAAN:
£28 juta (RM142 juta)
KERETA:
Memiliki dua kereta Aston Martin Vanquish, sebuah Bentley Continental GT, sebuah Bentley Arnage dan sebuah lori pikap Ford F150. Memandu sebuah Porsche Cayenne.
HARTA:
Rumah agam Mock Tudor di Cheshire. Memiliki banyak hartanah, termasuk tujuh rumah di Maghribi dan sebuah rumah di Barbados. Juga mempunyai sebuah penthouse di London.
WAG:
Berkahwin dengan Rebecca Ellison.


ASHLEY COLE

GAJI:
£100,000 (RM506,000) seminggu
KEKAYAAN:
£13 juta (RM65.8 juta)
KERETA:
Terbaru termasuk Aston Martin DBS V12 berwarna hitam ala James Bond.
HARTA:
Rumah agam canggih bernilai £5 juta (RM25.3 juta) di Cobham, Surrey, dan berkongsi sebuah vila di Maghribi. Kedua-duanya bagaimanapun mungkin terancam berikutan prosedur perceraian bintang Chelsea itu.
WAG:
Ketika ini kekasih X-Factor dan penyanyi Girls Aloud, Cheryl, namun berikutan dakwaan Cole mempunyai hubungan dengan wanita lain, pasangan itu berpisah dan Cheryl mahu meminta perceraian.


FRANK LAMPARD

GAJI:
£140,000 (RM709,000) seminggu
KEKAYAAN:
£20 juta (RM101 juta)
KERETA:
Memiliki sebuah Audi Q7, Ferrari 612 Scaglietti, Mercedes G Wagon dan sebuah Aston Martin DB9.
HARTA:
Mahu menjual rumah 'townhouse' di London bernilai £8.5 juta (RM43 juta).
WAG: Berpisah dengan tunangnya Elen Rives - namun pemain tengah Chelsea itu dilihat keluar bersama pengacara rancangan The One Show, Christine Bleakley.


JOE COLE

GAJI:
£80,000 (RM405,000) seminggu
KEKAYAAN:
£11 juta (RM55.7 juta)
KERETA:
Memiliki sebuah Ferrari 612 Scaglietti berwarna hitam, Range Rover Vogue dan sebuah Mercedes S320 CDI.
HARTA:
Memiliki sebuah 'townhouse' di Chelsea selepas meninggalkan sebuah rumah agam di Surrey kerana isterinya, Carly Zucker tidak suka di sana. Turut mempunyai hartanah di luar negara termasuk rumah di Dubai.
WAG: Carly Zucker - seorang jurulatih kecergasan dan peragawati. Berkahwin Jun tahun lalu.


STEVEN GERRARD


GAJI: £120,000 (RM607,000) seminggu
KEKAYAAN: £20 juta (RM101 juta)
KERETA: Range Rover yang diubahsuai dan Bentley GT bernilai £100,000 (RM506,000).
HARTA: Rumah agam berharga £3 juta (RM15.2 juta) di Formby, Liverpool.
WAG: Alex Curran, seorang peragawati dan penulis ruangan fesyen.


JOHN TERRY

GAJI:
£150,000 (RM759,000) seminggu
KEKAYAAN:
£18 juta (RM91 juta)
KERETA:
Koleksi yang banyak termasuk Aston Martin DBS V12 dan Range Rover Sport, BMW X5 dan Porsche 911 Turbo.
HARTA:
Rumah agam berharga £2.5 juta (RM12.6 juta) di Oxshott, Surrey.
WAG:
Toni Poole, kekasih sejak zaman kanak-kanak.


PETER CROUCH

GAJI:
£70,000 (RM354,000) seminggu
KEKAYAAN:
£5 juta (RM25.3 juta)
KERETA:
Range Rover Sport, Bentley Continental
HARTA: Sebuah rumah agam di Hertfordshire.
WAG:
Bertunang dengan Abbey Clancy, seorang peragawati.

No comments:

Post a Comment