RENUNGAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” -Riwayat Bukhari

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” -(al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” -(Muslim)


Friday, March 26, 2010


MeNARik2!!.......




Yeah!!! Polis dapat hadiah ulang tahun

NAJIB merasmikan Pelan Integriti PDRM sempena sambutan Hari Polis di Pulapol, Kuala Lumpur.. Tentera ada pelancaran gak tak?? Pelancaran tak de,, terhempas ada,, tengok bawah ni..






Percaya atau x... pesawat terhempas

"dah berlaku dah pon... iktibar semua"


GAMBAR kiri menunjukkan pesawat Pilatus yang stabil sebelum ia terbang menjunam (gambar kanan) dan terhempas di kawasan hutan berhampiran UUM di Sintok, Kedah semalam.. makluman, seorang pilot berpangkat mejar telah meninggal dunia.....





Bush kesat tangan pada baju Clinton.. Tol kew??

BUSH mengesat tangan pada baju Clinton selepas berjabat tangan dengan mangsa-mangsa gempa bumi.... Camne ni?






SEORANG doktor gigi menampal lubang gigi robot humanoid di Universiti Showa, Tokyo semalam..
Mana pergi orang betul ni? xkan tkut nak tampal gigi dah....





86 KFC Britain halal....... =)

GAMBAR menunjukkan restoran Kentucky Fried Chicken halal di Burton-on-Trent, Britain..






GAMBAR menunjukkan penggodam Twitter milik Obama yang dikenali sebagai Francois C....






Saturday, March 20, 2010

Bintang England mewah


AWAL minggu ini pengurus England, Fabio Capello melahirkan kebimbangannya mengenai pemain bola sepak yang menjadi terlalu kaya sekalipun masih muda.

Gaji dan bayaran yang diterima pemain pada usia muda menyebabkan beberapa pemainnya dilanda masalah di luar padang bola sepak sekali gus menjejaskan karier mereka di atas padang.

Berikut disajikan senarai 11 pemain skuad kebangsaan England yang memiliki kekayaan di luar padang termasuk bekas ketua pasukan David Beckham, yang mendahului senarai.

DAVID BECKHAM

GAJI:
£168.5 juta (RM853 juta) sejak lima tahun lalu
KEKAYAAN:
£125 juta (RM633 juta)
KERETA:
Dia memiliki kira-kira 40 kereta, yang terbaru termasuk sebuah Cadillac Escalade, Porsche 911 Cabriolet, Rolls-Royce Drophead Coupe, Range Rover Sport dan sebuah Jeep Wrangler.
HARTA:
Beckingham Palace di Sawbridgeworth, Herts, dibeli dengan harga £2.5 juta (RM12.6 juta) pada 1999. Vila berhadapan kawasan dermaga di Palm Jumeirah, Dubai, dibeli dengan harga £800,000 (RM4.05 juta) pada 2002 dan kini bernilai £8 juta (RM40.5 juta). Berpindah ke rumah berharga £15 juta (RM76 juta) di Beverly Hills apabila dia mengikat kontrak dengan Los Angeles Galaxy.
WAG (isteri atau teman wanita):
Berkahwin dengan Victoria 'Posh Spice' Beckham


JERMAIN DEFOE


GAJI:
£60,000 (RM303,800) seminggu
KEKAYAAN:
£6.5 juta (RM32.9 juta)
KERETA:
Ketika ini digantung daripada memandu tapi memiliki sebuah Range Rover Sport, Aston Martin V8 Vantage dan Aston Martin DB9.
HARTA:
Tinggal berseorangan di sebuah rumah berharga £3 juta (RM15.2 juta) yang dibina mengikut kemahuannya di Hertfordshire.
WAG:
Bujang - tapi pernah mempunyai hubungan dengan beberapa WAG - Danielle Lloyd, Imogen Thomas, Chantelle Houghton dan Charlotte Mears.


THEO WALCOTT

GAJI:
£60,000 (RM303,800) seminggu
KEKAYAAN:
£5 juta (RM25.3 juta)
KERETA:
Memiliki sebuah Aston Martin berwarna perak dan dua Audi. Memulakan karier Arsenal dengan memandu VW Golf. Membelikan teman wanita, Mel sebuah Ferrari California berharga £140,000 (RM709,000) bagi hari jadi ke-21, tapi wanita itu menolaknya kerana dia lebih suka memandu VW Beetle berharga £20,000 (RM101,000).
HARTA:
Menginap dengan kedua ibu bapanya di sebuah rumah agam berharga £3 juta (RM15.2 juta) dan mempunyai lima bilik di Hemel Hempstead.
WAG:
Melanie Slade, kini belajar di universiti di London.


WAYNE ROONEY


GAJI:
£100,000 (RM506,000) seminggu
KEKAYAAN:
£37 juta (RM187 juta)
KERETA:
Memandu 19 buah kereta sejak enam tahun lalu, termasuk Aston Martin Vanquish, BMW M3, Mini GP, Ford Ka, Mercedes CLK, Lamborghini Gallardo Spyder, sebuah Cadillac Escalade dan sebuah Porsche 911.
HARTA:
Kerja-kerja membina sebuah vila bernilai £5 juta (RM25.3 juta) di Barbados hampir siap, manakala keluarga Rooney tinggal di sebuah rumah agam berharga £4.5 juta (RM22.8 juta) di Cheshire. Mereka juga memiliki sebuah pangsapuri Florida bernilai £320,000 (RM1.6 juta).
WAG:
Kekasih sejak zaman kanak-kanak dan kini isteri, Coleen.


RIO FERDINAND

GAJI:
£110,000 (RM557,000) seminggu
KEKAYAAN:
£28 juta (RM142 juta)
KERETA:
Memiliki dua kereta Aston Martin Vanquish, sebuah Bentley Continental GT, sebuah Bentley Arnage dan sebuah lori pikap Ford F150. Memandu sebuah Porsche Cayenne.
HARTA:
Rumah agam Mock Tudor di Cheshire. Memiliki banyak hartanah, termasuk tujuh rumah di Maghribi dan sebuah rumah di Barbados. Juga mempunyai sebuah penthouse di London.
WAG:
Berkahwin dengan Rebecca Ellison.


ASHLEY COLE

GAJI:
£100,000 (RM506,000) seminggu
KEKAYAAN:
£13 juta (RM65.8 juta)
KERETA:
Terbaru termasuk Aston Martin DBS V12 berwarna hitam ala James Bond.
HARTA:
Rumah agam canggih bernilai £5 juta (RM25.3 juta) di Cobham, Surrey, dan berkongsi sebuah vila di Maghribi. Kedua-duanya bagaimanapun mungkin terancam berikutan prosedur perceraian bintang Chelsea itu.
WAG:
Ketika ini kekasih X-Factor dan penyanyi Girls Aloud, Cheryl, namun berikutan dakwaan Cole mempunyai hubungan dengan wanita lain, pasangan itu berpisah dan Cheryl mahu meminta perceraian.


FRANK LAMPARD

GAJI:
£140,000 (RM709,000) seminggu
KEKAYAAN:
£20 juta (RM101 juta)
KERETA:
Memiliki sebuah Audi Q7, Ferrari 612 Scaglietti, Mercedes G Wagon dan sebuah Aston Martin DB9.
HARTA:
Mahu menjual rumah 'townhouse' di London bernilai £8.5 juta (RM43 juta).
WAG: Berpisah dengan tunangnya Elen Rives - namun pemain tengah Chelsea itu dilihat keluar bersama pengacara rancangan The One Show, Christine Bleakley.


JOE COLE

GAJI:
£80,000 (RM405,000) seminggu
KEKAYAAN:
£11 juta (RM55.7 juta)
KERETA:
Memiliki sebuah Ferrari 612 Scaglietti berwarna hitam, Range Rover Vogue dan sebuah Mercedes S320 CDI.
HARTA:
Memiliki sebuah 'townhouse' di Chelsea selepas meninggalkan sebuah rumah agam di Surrey kerana isterinya, Carly Zucker tidak suka di sana. Turut mempunyai hartanah di luar negara termasuk rumah di Dubai.
WAG: Carly Zucker - seorang jurulatih kecergasan dan peragawati. Berkahwin Jun tahun lalu.


STEVEN GERRARD


GAJI: £120,000 (RM607,000) seminggu
KEKAYAAN: £20 juta (RM101 juta)
KERETA: Range Rover yang diubahsuai dan Bentley GT bernilai £100,000 (RM506,000).
HARTA: Rumah agam berharga £3 juta (RM15.2 juta) di Formby, Liverpool.
WAG: Alex Curran, seorang peragawati dan penulis ruangan fesyen.


JOHN TERRY

GAJI:
£150,000 (RM759,000) seminggu
KEKAYAAN:
£18 juta (RM91 juta)
KERETA:
Koleksi yang banyak termasuk Aston Martin DBS V12 dan Range Rover Sport, BMW X5 dan Porsche 911 Turbo.
HARTA:
Rumah agam berharga £2.5 juta (RM12.6 juta) di Oxshott, Surrey.
WAG:
Toni Poole, kekasih sejak zaman kanak-kanak.


PETER CROUCH

GAJI:
£70,000 (RM354,000) seminggu
KEKAYAAN:
£5 juta (RM25.3 juta)
KERETA:
Range Rover Sport, Bentley Continental
HARTA: Sebuah rumah agam di Hertfordshire.
WAG:
Bertunang dengan Abbey Clancy, seorang peragawati.

Friday, March 12, 2010

PETUA MENCERDASKAN MINDA

1. Allah menjadikan madu lebah yang mampu menyediakan makanan berkhasiat untuk manusia. Ia mampu memberikan tenaga dan mencerdikkan akal.

2. Halia menyegarkan dan menguatkan urat saraf. Ia dapat membetulkan perjalanan darah dalam tubuh dan menguatkan ingatan.

3. Susu membantu menambahkan tenaga fizikal, menguatkan otak, meningkatkan kecergasan akal dan menajamkan penglihatan.

4. Lobak merah berupaya mengatasi keletihan, mencegah jangkitan kuman dan bakteria, menjaga sistem saraf, awet muda, mencerahkan mata, mencegah serangan barah, melawaskan buang air kecil dan mencerdaskan minda.

5. Memakan kuning telur berupaya mengatasi masalah lemah daya ingatan, lemah daya tumpuan, sering lupa, sering tertidur semasa membaca dan sering menguap.

6. Kurma dapat mengatasi masalah sakit kepala, menjaga kesihatan saraf, menghilangkan keletihan kerana menggunakan tenaga fizikal dan otak serta menurunkan kolestrol.

7. Kismis menyejukkan perut, mencergaskan fikiran, menguatkan saraf, menghindarkan keletihan dan mengelokkan jantung.

8. Terlalu banyak makan dan minum menyebabkan hati menjadi keras dan kurang peka.

Thursday, March 11, 2010





FOTO fail enam daripada orang paling terkaya di dunia memiliki kekayaan terkumpul bernilai AS$342 billlon pada tahun ini, berbanding hanya AS$254 billion tahun lalu. Mereka adalah (dari kiri atas) Carlos Slim Helu dan Keluarga (Mexico. Telekomunikasi. AS$53.5 billion), Bill Gates (Amerika Syarikat. Microsoft. AS$53 billion), Warren Buffett (Amerika Syarikat. Berkshire Hathaway. AS$47 billion), Lawrence Ellison (Amerika Syarikat. Oracle . AS$28 billion), Bernard Arnault (Perancis. LVMH - barangan mewah. AS$27.5 billion), dan Mukesh Ambani (India. Minyak, Gas. AS$29 billion). - Foto AFP


Mar 11, 2010 12:54 pm

Tuesday, March 9, 2010


Forum Perdana Ehwal Islam





Tarikh Mula : 04 Mar 2010
Tarikh Akhir : 04 Mar 2010

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan Forum Perdana Ehwal Islam pada 11 Mac 2010 (Khamis), jam 8.00 malam bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Forum ini akan diadakan dalam sesi seperti berikut:


Sesi Pertama: Bermulanya Di sini Pengerusi: Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ahli Panel: Dato’ Hj Kamaruddin Zakaria, Bekas Imam Besar Masjid Negara Prof Dr Tengku Mohd Tengku Sembok, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM


Sesi Kedua: Menggapai Gemilang Pengerusi: Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Ahli Panel: Dato’ Hj Kamaruddin Zakaria, Bekas Imam Besar Masjid Negara.. Mejar (Ustaz) Hj Daud Mohamed, Pegawai Agama, Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM

Semua warga UPNM, MK Medan TD dan MTD adalah dijemput hadir untuk mendengar forum tersebut.



HARAP KALIAN DPT MENONTON DI TELEVSYEN JIKA TDK KSMPATAN UNTUK MGHADIRI PD TARIKH DAN HARI PROGRAM TERSEBUT DIJALANKAN,,,, SYUKRAN JAZILAN!


Hiper Rangkaian
mygov mygov kptm jpa iim myideas msc mampu

"MAKLUMAN BUAT PELAJAR SPM & STPM 2009"

Tarikh Keputusan / Result Rasmi SPM 2009 dan STAM 2009 diuarkan.....


ASSALAMUALAIKUM...

Keputusan rasmi SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)dan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia)akan di umumkan pada 11 Mac 2010 Hari Khamis. Keputusan akan dileluarkan bermula jam 10 pagi di sekolah masing-masing. bagi calon persendirian pula, keputusan akan di pos ke rumah masing-masing yang dihantar oleh JPN.

Fakta SPM : 165,853 calon SPM di 3,569 pusat peperiksaan 18 Nov-16 Dis 2009
Fakta STAM : 6,920 calon STAM di 98 pusat peperiksaan 19Okt-27 Okt 2009


wat makluman,, wasalam..

Monday, March 8, 2010



Antara Al-Quran dan kereta spot




Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir
pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai
keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..
Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak... ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....
10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...

Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 hari...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ .......mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...

Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...

Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati???

wallahu'alam

Sunday, March 7, 2010

Detik-detik Rasulullah SAW menjelang Sakaratul maut


Bacalah... hargailah kelahiran Rasulullah...... SAW..

Detik-detik Rasulullah SAW menjelang Sakaratul maut,Ada sebuah kisah tentang totalitas cinta yang dicontohkan Allah lewat kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, meski langit telah mulai menguning burung-burung gurun pun enggan mengepakkan sayapnya.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbata-bata memberikan petuah:

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan Cinta Kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah hanya kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, Sunnah dan Al-Qur’an. Barang siapa yang mencintai Sunnahku berarti mencintai aku, dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku,”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Ustman menghela nafas panjang dan Ali menundukan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar. Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau bisa.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang berseru mengucapkan salam.

“Assalaamu’alaikum….Bolehkah saya masuk ?” tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengijinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah.
“Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah aku ayah, sepertinya baru sekali ini aku melihatnya” tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap putrinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Satu-satu bagian wajahnya seolah hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. dialah Malaikat Maut,” kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat Maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tak ikut menyertai. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit untuk menyambut ruh kekasih Allah dan Penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah dibuka, para malaikat telah menanti Ruhmu, semua pintu Surga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu semua ternyata tidak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar kabar ini, Ya Rasulullah?” tanya Jibril lagi.
“Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan Khawatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
‘Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya’” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan Ruh Rasulullah ditarik. Tampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakit Sakaratul Maut ini.” Lirih Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah engkau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu wahai Jibril?” Tanya Rasulullah pada malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang tega, melihat kekasih Allah direngut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik karena sakit yang tak tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan kepada umatku”.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

“Peliharalah shalat dan santuni orang-orang lemah diantaramu,”

Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“umatku, umatku, umatku”

dan….PUPUSLAH KEMBANG HIDUP MANUSIA MULIA ITU………
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya ?



WARGHHHH...! !!! SEDEHNYEE CITER NIEE..




BACA
LA SENDIRI, TAK SANGGUP NAK FOWARD KAT nKENGKAWAN. . TPi TERPAKSA GAKK..
SEKADAR NAK BG INGATAN KAT KENGKAWAN JEE.. INGAT LA MASIH RAMAI
YG SAYANG.. HEHEHEHEHEHE

WARGHHHHH


WARGHHHH....

Ina oh Ina


"abg...tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab..
Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut
hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu
itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya
berjiran
dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi
bapak
kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa

bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak
jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main
permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut,
penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah.
Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx'
dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada
meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the
gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga... Waktu darjah 4, bila dia
mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat
kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula
Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan
tajam Mak Ropiah ibunya Ina
yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku
sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya
dia
terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak
tahu,
kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali
dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau
kala
itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura
sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura
kerja
shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang
menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan
perumahan Ina dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki

perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah
barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia
berdoa
sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka
masih
bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak
tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya
akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak
mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti
di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar
rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas
tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu
bilik Ina.. Dia dengar esakan Ina. Ina
menangis. Hakim makin cemas. Dia
ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh
bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia
masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina
kusut
masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam
sendu. "hu...hu..."

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar
dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan
keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara
Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."


$&^%#%t*&&**()()_)(&*